Thursday, November 6, 2008

Cyberjaya Problem.

Terima kasih kepada beberapa kerat yg mengikuti perkembangan kami. Walaupun tidak kemana sambutan terhadap kami. Heh,heh,heh.

Tapi kali kami ingin membawa anda kepada satu kupasan kami tentang isu baru yg sengaja kami kupas. Biasalah takder keje, buat keje nih. Tapi harap2 ianya dapat memberi manfaat dan teladan. Heh heh teladanlah.



Gambarajah menunjukkan kawasan tempat letak kereta yg dipenuhi oleh kereta. Dan gambarajah tersebut adalah kawasan 'parking' kereta yg percuma yg telah disediakan oleh pihak berwajib. Namun keluasan tersebut adalah amat minimum untuk dikongsi oleh semua pekerja2 untuk 6 buah bangunan disekitar tempat terbabit, dan ini agak telah menimbulkan sedikit permasalahan. Namun terima kasih diatas usaha terhadap lot parking tersebut. Kemunculan Lot parking ini sedikit sebanyak membantu kepada golongan kelas pekerja yg tidak berkemampuan.

Namun ianya masih lagi tidak mencukupi untuk menampung jumlah kenderaan golongan kelas pekerja. Kadar bayaran yg tinggi untuk setiap satu petak yg dikenakan tidaklah sesuai dengan kadar pendapatan kebanyakan golongan kelas pekerja disitu. Lebih lebih lagi kepada mereka yg mempunyai keluarga, baru nak kumpul duit kawen dan macam2 lagi.

Maka terdapat mereka yg terpaksa menanggung risiko dengan meletakkan kereta mereka di tepi bahagian jalan.

Peh, dah rr kereta2 kat situ laju laju kat situ baiii.

Ada yg mengambil risiko meletak dikawasan garisan kuning. Kadang2 mereka tidak dapat berfikir secara rasional dan mengharapkan tiada pihak Polis yg akan mengambil tindakan. Ssesiapapun masih sukar disalahkan kerana pihak polis hanya perlu menjalankan tanggungjawab mengeluarkan surat saman. Sebab jgn terlalu mengharap.

Keadaan bertambah kritikal(walaupun tak kritikal) apabila terbina lagi sebuah bangunan dikawasan terbabit semenjak 2bulan lalu. Dan jumlah mereka yg memerlukan tempat letak kereta semakin bertambah ditepi tepi jalan dan lot parking percuma tersebut. Akibat dari ketidak kesanggupan mereka untuk membayar kadar lotparking didalam kawasan bangunan mereka. Ada yang sanggup berjalan kaki jauh sedikit dan terlebih awal ketempat kerja asalkan dapat merebut petak parking yg minimum akibat tidak ingin menangung risiko disaman pihak bertanggungjawab dan berbagai lagi perkara yg tidak diingini.


Kereta2 Golongan pekerja yg mengambil risiko meletak ditepi2 jalan raya yg boleh mengakibatkan kereta disaman dan risiko penyebab kemalangan.






Kadang2 disaman pihak Perbandaran yg tidak bertanggungjawab menyediakan kawasan dan kemudahan tempat letak kereta. Apa guna tanah yg kosong tebabit. Tanam la pokok Bodoh!!. Buat la lot parking percumake!!?



Terpaksa masuk kebawah pokok asalkan tidak menganggu lalulintas dan ada yg mengalah dan parking dikawasan rumput agar kereta golongan pekerja yg lain dapat menempatkan kereta tanpa menganggu lalulintas. Contoh lihat kereta MYVI hitam tu. Mesti baik orangnya.


Syarikat yg bertanggungjawab diatas semua sebab yg terjadi ini.


Kawasan lot parking yg berbayar kosong dan harganya tetap tidak mahu diturunkan. Bangangkan.

Bukan maksud aku ingin mencari punca kesalahan dari mana2 pihak. Tindakan2 yg dilakukan semuanya berpunca dari satu masalah. Maka dari satu sebab ianya berpecah menjadi kepada beberapa sebab. Kalau mana pihak2 yg sepatutnya dipertanggungjawabkan menangani masalah2 bergini tidak dapat menyelasaikan maka bagaimana lagi. Sebelum bermacam macam lagi perkara yg akan terjadi lebih baik segera diselesaikan.

Dimana lagi tempat rakyat ingin mengadu. Aiseh.. Pihak pengurusan haruslah mempertimbangkan lagi kadar bayaran agar sama2 mendapat keuntungan dan kelebihan.